Dengan merujuk kepada kerajaan Yang masyhur nyatakan sebab-sebab kemerosotan sesebuah

Berikut ini adalah pertanyaan dari zoeyoona3 pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama

Dengan merujuk kepada kerajaan Yang masyhur nyatakan sebab-sebab kemerosotan sesebuah kerajaan Kedah Tua

Jawaban dan Penjelasan

Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.

Pada awalnya, Dinasti Song Utara mengamalkan dasar state monopoly dan hal ini dapat dilihat melalui tindakan pemerintah yang mengawal kegiatan perdagangan dan mengenakan cukai terhadap barang dagangan. Dinasti Song juga mengamalkan dasar ufti. Kawalan terhadap perdagangan dan dasar ufti ini menguntungkan pelabuhan entrepot Srivijaya serta pelabuhan di pesisir Selat Melaka termasuklah pelabuhan Kedah Tua (O.W. Wolters, 1990). Dinasti Song Utara juga mengawal perdagangan antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan jawatan Inspector of Foreign yang ditugaskan untuk mengawal perdagangan di setiap pelabuhan utama di China (C. P. Fitzgerald, 1961).

Perubahan politik dan dasar perdagangan China bermula pada penghujung kurun ke-12 apabila Dinasti Song Utara menghadapi masalah dengan puak-puak nomad yang terdiri daripada puak Khitan (Dinasti Liao), puak Tongut (Dinasti Hsia) dan puak Juchen (Dinasti Chin) (Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tanniji Masron dan Zulkifli Jaafar, 2008). Pada tahun 1125, Dinasti Chin berjaya menjatuhkan tiga dinasti yang lain dan menyebabkan waris-waris Dinasti Song berundur ke Selatan China kemudian mengasaskan Kerajaan Song Selatan. Ancaman berterusan daripada puak nomad menyebabkan dasar ufti mula diabaikan. Menurut Ann Paludan (), pada tahun 1178, Maharaja Sung Hsiao Tung (1163-1190) tidak membenarkan ufti dihantar ke istana tetapi terus dihantar ke Fukien seperti yang dicatatkan oleh Ma Tuan Lin. Sehubungan dengan perubahan dasar ini, bermula pada awal hingga hujung kurun ke-13, kapal-kapal dagang dari nusantara mula berdagang terus dengan pusat pengeluaran barang dan tidak lagi berdagang di pusat-pusat pengumpulan barangan.

      Ketiadaan dasar perdagangan yang konsisten selepas kejatuhan Dinasti Song Selatan kepada orang Mongol pada tahun 1280 menyebabkan kejatuhan kebanyakan pelabuhan entrepot di nusantara termasuklah Kedah Tua. Hal ini adalah kerana, kemakmuran pelabuhan entrepot bergantung kepada penguasaan perdagangan atau peranannya sebagai penghubung antara pusat pengeluaran komoditi dengan pembeli. Terdapat juga dasar Dinasti Mongol yang mengehadkan penglibatan orang China dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Perubahan politik China ini membawa kepada ketiadaan penemuan seramik zaman Ming yang menunjukkan kemerosotan perdagangan di nusantara terutamanya Kedah Tua.

Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh indiraniahere dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.

Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact

Last Update: Mon, 05 Jul 21