Bani quzairah adalah salah satu suku yahudi dari madinah karna

Berikut ini adalah pertanyaan dari arielabas7844 pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama

Bani quzairah adalah salah satu suku yahudi dari madinah karna

Jawaban dan Penjelasan

Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.

Dikatakan kaum Yahudi tiba di Hijaz ekoran Peperangan Rom-Yahudi, dan memperkenalkan ilmu pertanian yang meletakkan mereka dalam kedudukan kuat dari segi budaya, ekonomi dan politik. Namun, dalam abad kelima, Bani Aws dan Bani Khazraj, dua suku kaum Arab yang tiba dari Yaman, menjadi berkuasa. Apabila kedua-dua puak Arab ini bertelagah, kaum Yahudi yang sekarang menjadi klien atau sekutu Arab, menyokong pihak berlainan, dengan Quraizah menyokong Aws.

Dalam tahun 622 M Nabi Muhammad (SAW) tiba di Yathrib dari Makkah dan menggubal Sahifat al-Madinah antara pihak yang bertelagah di Yathrib (yang ditukar nama kepada Madinah). Sementara bandar madinah itu sendiri berperang dengan Quraisy Makkah, ketegangan antara penduduk arab dan yahudi meningkat.

Pada tahun 627 M, apabila Quraisy dan sekutu mereka pengepung Madinah dalam Perang Ahzab, Bani Quraizah melanggar perjanjian mereka dengan orang Islam dan mula berbincang dengan pihak Quraisy. Berikutan itu, kaum Quraizah dituduh sebagai pengkhianat dan dikepung pula oleh orang Islam. Bani Quraizah dikalahkan dalam pengepungan itu dan menyerah diri. selepas diadili oleh hakim pilihan mereka sendiri, orang lelaki Bani Quraizah dihukum bunuh dan dipenggal kepala, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba. Namun demikian, ada penulis yang mencabar gambaran ini dengan menyatakan ia direka atau diperbesar-besarkan.

Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh fathanatansidiq dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.

Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact

Last Update: Tue, 30 Nov 21