Berikut ini adalah pertanyaan dari nurulemalinasalleh pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Penjelasan:
Kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membuka peluang kerajaan lain untuk menguasai perdagangan di selat Melaka. Selat Melaka yang merupakan antara laluan perdagangan terpenting di dunia pada masa tersebut. Penaklukan Goa dan Melaka oleh bangsa Portugis telah menganggu sebahagian lalu lintas antarabangsa , pihak Portugis juga menghalau para perdagang islam untuk berdagang di Melaka dan hal ini telah memberi peluang kepada kerajaan aceh untuk mengambil alih kuasa perdagangan Melaka . Selepas Melaka ditawan oleh Portugis, sultan Melaka pada ketika itu iaitu Sultan Mahmud telah berundur dan menubuhkan sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan Johor. Kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kukuh kerana pihak Portugis hanya menguasai kota Melaka tidak keseluruhan empayarnya, dek sebab itu kerajaan Johor mudah untuk berkembang. Persaingan antara Johor, Aceh, dan Portugis ini berlaku apabila setiap kerajaan berebut untuk menguasai perdagangan. Sepanjang abad ke-16 peperangan dan suasana tidak selamat telah menghantui kehidupan di selat Melaka hal ini demikian kerana berlakunya peperangan di antara ketiga-tiga kuasa ini. Persaingan antara kuasa ini dikenali sebagai perang tiga segi dan peperangan ini berlarutan selama 100 tahun dan berakhir apabila kemasukan kuasa baru iaitu belanda
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh muhammadwafa0411 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Sun, 09 Jan 22