jelaskan latar belakang pembentukan tamadun mesir ​

Berikut ini adalah pertanyaan dari durkashinit pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Atas

Jelaskan latar belakang pembentukan tamadun mesir ​

Jawaban dan Penjelasan

Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.

Jawaban:

Proses Pembentukan Tamadun

Monday, 30 July 2012

Tamadun Mesir Purba

Lokasi

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

Kerangka masa

1. Petempatan awal sudah bermula sejak Zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10000 S.M. hingga 5000 S.M. dan berkembang di persekitaran wilayah delta dan juga di bahagian pertengahan Mesir.

2. Perkembangan ini berlaku pada sekitar tahun 3500 S.M. dan akhirnya wilayah ini menjadi pusat tamadun awal.

3. Tamadun Mesir Purba dapat dibahagikan kepada empat zaman.

4. Tempohan peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan yang baharu adalah lama.

5. Zaman Empayar merupakan zaman kegemilangan dalam tamadun Mesir Purba dan kemudiannya tamadun Mesir Purba mengalami zaman kejatuhan.

6. Ini berlaku apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya, Kush, Parsi, Yunani dan Rom.

Proses pembentukan

1. Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.

(a) Mereka menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian.

(b) Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.

(c) Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian.

2.(a) Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.

(b) Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah Bandar.

(c) Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.

(d) Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran seperti Bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

Ciri-ciri tamadun Mesir Purba

Petempatan kekal

1. Pada tahun 3200 S.M., Firaun Menes telah Berjaya menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan.

2. Pusat pentadbirannya di Bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.

3. Kemudiannya, pusat pentadbirannya telah berpindah ke Bandar Memphis yang hamper dengan delta Sungai Nil.

4. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Bandar Thebes.

5. Selain itu, terdapat juga beberapa Bandar yang penting, antaranya ialah Heliopolis, Fayoum dan Abydos.

6. Kehidupan di Bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting.

(a) Di sinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan, pentadbiran dan pelabuhan penting.

(b) Bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.

Kehidupan berorganisasi

1. Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.

2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun dan pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai Tuhan Horus.

3. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dianggap sebagai anak Tuhan matahari, iaitu Amon-Re.

4. Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

5. Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.

6. Kemudian diikuti oleh golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.

7. Lapisan yang paling bawah ialah golongan hamba.

Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh wwwxyz dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.

Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact

Last Update: Tue, 15 Mar 22