Berikut ini adalah pertanyaan dari Yokan8989 pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Atas
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Jawaban:Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.
Isi kandungan
1 Sebelum rundingan
2 Kesan
3 Lihat juga
4 Pautan luar
Sebelum rundingan
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu pada bulan Julai 1955. Pada bulan September 1955, kerajaan menabur 40 juta risalah "Tawaran Menyerah Diri" serta 12,000 pas pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Tawarannya berbunyi: "Kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat."[perlu rujukan]
Pada September 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng dari Kampung Kelian Intan, Keroh di Perak. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng
Tamabahan fakta sebelum rundingan Baling*
Tunku juga mengutuskan sepucuk surat kepada Chin Peng melalui orang perantaraan Tunku yang bernama Mohd Taib @ Mat Taib Bin Mat Jusoh. Artikel mengenai perutusan ini pernah diterbitkan di dada akhbar pada tahun 1996.(Boleh hubungi 0195872089 untuk kebenaran fakta)
Proses rundingan antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudian berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat. Tunku bagaimanapun menegaskan PKM perlu menyerah kalah.
Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah. Tambahan pula, kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas dianggap tidak wajar oleh Kerajaan Perikatan.
Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
Penjelasan:
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh sealtiel1836017 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Thu, 04 Nov 21