tulis kan karangang tentang harmoni di sekolah​

Berikut ini adalah pertanyaan dari hpoppo2726 pada mata pelajaran PPKn untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama

Tulis kan karangang tentang harmoni di sekolah​

Jawaban dan Penjelasan

Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.

Jawaban:

Sekolah Harmoni

Apakah itu sekolah harmoni? Sekolah harmoni ialah sekolah yang bersuasanakan aman, damai dan tenteram yang sesuai dijadikan latar tempat kepada sesebuah sesi pembelajaran. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Semua orang pastinya tidak akan menolak, jika mereka diberi peluang untuk belajar dan mengajar di sekolah seperti ini. Dalam mewujudkan sekolah harmoni, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kewujudan sekolah ini.

Sekolah harmoni memerlukan suasana pembelajaran yang kondusif. Kondusif di sini membawa erti persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Setiap pelajar tentunya memerlukan kemudahan seperti meja, kerusi, buku-buku rujukan dan sebagainya. Pusat sumber merupakan salah satu tempat yang sangat strategik sebagai kawasan pembelajaran kerana ia menyediakan suasana yang sangat diperlukan oleh para pelajar. Maka itu, keadaan ini menjadi komponen utama kepada sesebuah sekolah harmoni.

Selain itu, persekitaran sekolah yang bersih dan ceria juga merupakan salah satu faktor kewujudan sekolah harmoni. Apabila persekitaran kita sentiasa dijaga dengan baik, sudah tentu kita tidak akan menerima sebarang masalah yang akan mengganggu kita. Namun begitu, jika hal sebaliknya yang berlaku, terdapat pelbagai gangguan yang akan kita hadapi dan menyebabkan emosi kita terganggu sekaligus menjejaskan niat kita untuk menuntut ilmu. Sebagai contoh, semak samun, sampah sarap, bau busuk, longkang yang tersumbat, gangguan haiwan perosak seperti tikus dan sebagainya. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Oleh itu, semua warga sekolah hendaklah bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku.

Di samping itu, sekolah harmoni juga tidak mempunyai sebarang kes disiplin yang melibatkan pelajar seperti kes buli, ponteng kelas, vandalisme, gangsterisme dan banyak lagi. Keadaan ini bukan sahaja mengundang nama buruk sekolah, tetapi ia juga menyebabkan terdapat segelintir pelajar berasa takut untuk menghadirkan diri ke sekolah. Ini secara langsung, mencemarkan keharmonian sesebuah sekolah. Oleh itu, disiplin merupakan tunjang kepada keharmonian sekolah.

Selain disiplin, sikap kerjasama dalam kalangan warga sekolah juga merupakan salah satu tunjang sesebuah sekolah harmoni. Bagaikan pahat dengan penukul. Semua warga sekolah perlu berkolaborasi dalam menjayakan misi mewujudkan sekolah harmoni. Masalah kesalahfahaman di antara kaum, masyarakat dan agama haruslah dielakkan. Bagi merapatkan tali silaturrahim, banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti bergotong-royong. Dengan itu, tanpa adanya sikap kerjasama, sudah pasti keharmonian tidak dapat dicapai.

Tuntasnya, agak sukar untuk mewujudkan sekolah harmoni jika tiada persefahaman di antara seluruh komuniti sekolah. Pelajar, ibubapa, guru-guru mahupun pekerja-pekerja am haruslah berganding bahu untuk melestarikan seruan kerajaan untuk mewujudkan sekolah-sekolah harmoni di Malaysia sekaligus melahirkan modal insan berminda kelas pertama melalui sekolah harmoni.

Klo ga niat nulis semua ringkas aja.

Klo ga niat nulis semua ringkas aja.Jadikan yg terbaik ya! Capek nulis

Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh kisleynahampun71 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.

Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact

Last Update: Thu, 24 Jun 21