Berikut ini adalah pertanyaan dari izzahnajla994 pada mata pelajaran Bahasa lain untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Kekuatan Asid dan Alkali
Skala pH
■ Skala pH
► Skala berangka yang mempunyai di antara 0 hingga 14.
► Untuk mengukur keasidan dan kealkalian sesuatu larutan.
► Suatu pengukuran ion H+ dalam larutan. (pH = -log[H+])
► Definition : -log[H+], di mana[H+] mewakili kepekatan ion hidrogen.
■ ■ Hubungan antara ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, . OH-.
► Larutan akueus yang mengandungi ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH- yang terbentuk daripada penceraian air.
► Skala pH boleh digunakan untuk membandingkan kepekatan ion hidrogen, H+ dalam larutan berasid.
► Skala pH boleh digunakan untuk membandingkan kepekatan ion hidroksida, OH- dalam larutan alkali.
Larutan pH Hubungan antara kepekatan ion hidrogen dan ion hidroksida
Asid Kurang daripada 7 Kepekatan ion H+ lebih tinggi daripada ion OH-
Alkali Lebih daripada 7 Kepekatan ion H+ adalah kurang daripada ion OH- .
Neutral Sama dengan 7 Kepekatan ion H+ adalah sama dengan ion OH- .
Pengukuran nilai pH bagi suatu larutan.
► Penunjuk Universal
○ Suatu campuran petunjuk
○ Memberi pelbagai warna yang sepadan dengan nilai pH yang berbeza.
Meter pH
○ Satu meter elektrik
○ Mengukur nilai pH larutan dengan tepat
Darjah penceraian asid dalam air
■ Darjah penceraian / pengionan
► Kekuatan sesuatu asid atau alkali.
► Peratus atau bahagian molekul yang bercerai kepada ion apabila dilarutkan dalam air.
■ Asid boleh dibahagikan kepada dua kategori:
► Asid kuat: asid bercerai dengan lengkap dalam air untuk membentuk ion hidrogen, H+ dengan kepekatan yang tinggi.
► Asid lemah: asid bercerai separa dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+, dengan kepekatan yang rendah.
■ Darjah penceraian asid kuat dan asid lemah dalam air.
► Asid kuat dan asid lemah mempunyai sifat kimia yang sama tetapi kadar tindak balas dan kekonduksian elektrik asid lemah adalah lebih rendah.
► Asid lemah: asid bercerai separa dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+ , dengan kepekatan yang rendah.
Asid Asid kuat Asid lemah
Darjah penceraian dalam air Bercerai sepenuhnya Bercerai sebahagiannya
Kepekatan ion hidrogen Kepekatan ion hidrogen yang tinggi Kepekatan ion hidrogen yang rendah
Nilai pH Rendah Tinggi
Pengionan asid dalam air Contoh: Larutan asid hidroklorik
Contoh: Larutan asid etanoik
■ Contoh asid kuat:
►
Acid Chemical equation
Asid hidroklorik HCl(g)→H2 OH+(ak) + Cl-(ak)
Asid sulfurik H2SO4(ak)→ H2O + 2H+(ak) + SO42-(ak)
Asid nitrik HNO3(ak)→ H2OH+(ak) + NO3-(ak)
■ Contoh asid lemah:
►
Asid Persamaan kimia
Asid ethanoik CH3COOH(ak)⇌H 2OH+(ak) + CH3COO-(ak)
Asid ethanadioik H2C2O4(ak)⇌ H2O2H+(ak) + C2O4 2-(ak)
Darjah penceraian alkali dalam air
■ Alkali boleh dibahagikan kepada dua kategori: -
► Alkali kuat: alkali yang bercerai dengan lengkap dalam air untuk membentuk ion hidroksida, OH- dengan kepekatan yang tinggi.
► Alkali lemah: alkali yang bercerai separa dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH- dengan kepekatan yang rendah.
■ Darjah penceraian alkali kuat dan alkali lemah di dalam air
►
Alkali Alkali kuat Alkali lemah
Darjah penceraian dalam air Bercerai sepenuhnya Bercerai sebahagiannya
Kepekatan ion hidroksida Kepekatan ion hidroksida yang tinggi Kepekatan ion hidroksida yang rendah
Nilai pH Tinggi Rendah
Pengionan alkali dalam air Contoh: Larutan natrium hidroksida
Contoh: Larutan ammonia
■ Contoh alkali kuat:
►
Alkali Persamaan kimia
Larutan natrium hidroksida NaOH(p)→H2 ONa+(ak) + OH-(ak)
Larutan kalium hidroksida KOH(p)→ H2O + K+(ak) + OH-(ak)
■ Contoh alkali lemah:
►
Alkali Persamaan kimia
Ammonia akueus NH3(g) + H2O(ce)⇌H2OHH4+(ak) + OH-(ak)
Kalsium hidroksida Ca(OH)2(p)⇌ H2OCa2+(ak) + OH-(ak)
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh boateng13 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Tue, 17 Aug 21