Berikut ini adalah pertanyaan dari eiladamia84 pada mata pelajaran Bahasa lain untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Bacalah teks dibawah ini :
Cara-cara meningkatkan minat pelajar terhadap meta pelajara Sejarah
Marcapada, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat tentang isu mata pelajaran Sejarah, Mata Pelajaran Sejarah yang memberi iktibar kepada remaja semakin diabaikan masyarkat. Isu ini haruslah diberi perhatian yang sepenuhnya. Setiap pihak terutamanya pihak sekolah dan pihak kerajaan wajar bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, usaha-usaha yang efektif perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pihak sekolah haruslah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Guru harus lebih kreatif dan inovatif apabila mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu berorientasikan peperiksaan sebaliknya mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat pelajar untuk mengetahui peristiwa Sejarah tersebut berlaku. Contohnya, guru sebagai warga pendidik bertanggungjawab memartabatkan profesional diri dan menerusi kaedah lakonan, temu ramah atau tayangan video supaya lebih menarik pelajaran. Dengan ini, semangat patriotik akan ditanam pada pelajar erana memahami kepahlawanan orang untuk mendapat kemerdekaan.
Selain itu, kita wajib membawa pelajar melawat tempat-tempat bersejarah. Sebenarnya, proses pengajaran tidak harus di bilik kelas sahaja tetapi juga pelajar harus dibawa melawat tempat bersejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana lawatan membolehkan pelajar melihat tempat tersebut dan mengetahui kisah yang berlaku di situ. Ini memudahkan pelajar ingat bahawa peristiwa yang telah berlaku. Contohnya, kota A’ Farmosa di Melaka telah menunjukan egemilangan Kesultanan Melaka kerana kota pertahanan yang kukuh ini. Sememangnya sudah terang lagi bersuluh bahawa lawatan dapat meningkatkan perasaan cinta pelajar terhadap subjek Sejarah.
Seterusnya, pelajar telah diberikan tugasan untuk melakukan kajian atau folio Sejarah. Apabila masa lapang, pelajar haruslah pergi untuk melakukan kajian mengenai tajuk kajian yang diberi. Contohnya, meneliti atau menemu ramah tooh-tokoh tertentu kajian dan temu ramah ini memberikan pengetahuan secara langsung kepada pelajar tentang Sejarah tempatan. Dengan mencari maklumat melalui pelbagai kaedah, pengenalan tentang mata pelajaran Sejarah akan ditingkatkan. Secara langsung, kajian ini mampu menyuntik perasaan minat akan Sejarah dalam kalangan pelajar.
Dari perspektif lain, pihak sekolah boleh menjemput tokoh-tokoh Sejarah berceramah di sekolah. Hal ini memanglah wajar kerana ceramah yang disampaikan oleh tokoh sejarah itu kepada para pelajar mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui sejarah negara. Tokoh-tokoh sejarah lebih memahami perkembangan sesuatu peristiwa. Pengalaman yang disampaikan ereka merupakan fakta yang benar-benar dihadapi mereka. Para pelajar juga berkesempatan untuk mengenali tokoh sejarah negara yang banyak memberikan sumbangan terhadapnegara. Sesungguhnya, bergelanggang di mata orang banyak bahawa minat pelajar akan ditingkatkan sehingga pelajar sanggup bersungguh-sungguh membangunkan negara kita.
Subjek Sejarah penting dipelajari bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi banyak manfaatnya. Kegemilangan Melaka dalamm pelbagai bidang juga membuktikan bahawa masyarakat kita bijak mentadbir negeri. Kegemilangan Melaka harus mengambil inspirasi untuk menigkatkan kemajuan negara. Marilah pelajar mengambil peristiwa sejarah sebagai iktibar untuk membangunkan negara yang kita cintai sehingga duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju.
Semoga ketemu ya kak jawabanya
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh MochicreamUwU2 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Fri, 30 Jul 21