Berikut ini adalah pertanyaan dari fhalimana pada mata pelajaran B. Indonesia untuk jenjang Sekolah Menengah Atas
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Jawaban:
Angan-angan Mat Jenin
Pada Zaman dahulu ,disebuah kampung terdapat seorang pemuda bernama Mat Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung kerana suka berangan-angan.Mat Jenin merupakan seorang pemuda yang pemalas tetapi selalu berangan untuk menjadi kaya raya.Dia menghabiskan hari-harinya hanya dengan berangan-angan.
Pada suatu hari,Ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik kelapa namun pokok kelapanya terlalu tinggi.0leh itu,dia ingin meminta pertolongan Mat Jenin.
"Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke rumah kau.",kata Pak Mat dengan gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil bercakap-cakap sendiri dihadapan rumahnya.Mat Jenin menghentikan langkahnya.
Pak Mat mengatur langkah menghampiri Mat Jenin.
"Ada apa Tok??.,"soal Mat Jenin apabilaPak mat sudah berdiri dihadapannya.Ketua Kampung itu mengukirkan senyuman.Bahu Mat Jenin ditepuk-tepuk perlahan.
"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu.Nanti aku berikan daging kambing sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil menunjukkan pokok kelapa yang tinggi melangit dibelakang rumahnya.Mat Jenin tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa daging kambing.
Mat Jenin membetulkan kopiahnya.Senyumannya makin lebar membayangkan daging kambing yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.
"Baik Pak Mat.Saya akan petik sekarang juga.",kata Mat Jenin lalu meminta diri untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
"Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula.Bahaya.",pesan Pak Mat sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang rumah.
Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah,Mat Jenin terus memanjat kelapa itu dengan penuh semangat.Demi daging kambing yang dijanjikan.Sampai sahaja diatas,dia terus memetik buah kelapa satu persatu.Dalam kekhusyukkan memetik kelapa,dia terlihat anak gadis Pak Mat yang menjadi idaman para jejaka dikampung itu menjemur baju Tanpa sedar dia mula berangan-angan.
Mula-mula,Mat Jenin memetik dan menjual kelapa.Setelah itu dia membeli kambing.Akhir sekali dia membeli lembu dan menjadi saudagar yang menjual daging.Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain dan dihormati semua orang.Berderet-deret anak gadis yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.
Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi berjalan kaki kemana-mana sebaliknya menunggang kuda dan unta.Mat Jenin tersenyum lebar dengan kekayaannya.Kemudian dia melamar anak gadis Pak Mat untuk dijadikan isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.
"Aku kaya!!!!!.",jeritnya diatas pokok kelapa itu keriangan.Kedua-dua tangannya diangkat tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-angan itu sebentar tadi.
Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya diatas pokok.0leh kerana dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya hilang imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah.Akhirnya Mat Jenin mati kerana angan-
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh kanayazahraa692 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Mon, 31 May 21