Nilai yang dapat diperolehi tentang kegemilangan kerajaaan Keultanan Johor Riau

Berikut ini adalah pertanyaan dari Evana1112 pada mata pelajaran Sejarah untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama

Nilai yang dapat diperolehi tentang kegemilangan kerajaaan Keultanan Johor Riau ??.

Jawaban dan Penjelasan

Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.

Jawaban:

Pusat Perdagangan yang Unggul

1. Kedudukan Strategik

-Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.

-Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar.

2. Tumpuan Para Pedagang

-Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.

-Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

-Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab.

-Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.

-Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China. Antaranya benang emas, kain sutera putih dan barang tembikar.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

-Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau.

Pengurusan Pelabuhan

1. Kemudahan Pelabuhan

-Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.

-Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan.

2. Urusan Jual Beli

-Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang.

-Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.

3. Sistem Naungan

-Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung dan Laksamana.

-Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.

4. Peranan Orang Laut

-Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang dan penunjuk arah.

-Orang Laut juga merupakan tentera angkatan laut.

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

-Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.

-Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.

Pusat Persuratan

Karya Agung

Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu.

Sulalatus Salatin (Hikayat Melayu)

-Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.

-Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang Tuah

-Dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641.

-Kandungannya berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh Persuratan

-Nama sebenar : Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.

-Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565.

-Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh animenime2233 dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.

Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact

Last Update: Sun, 05 Mar 23