Berikut ini adalah pertanyaan dari shearen8466 pada mata pelajaran B. Arab untuk jenjang Sekolah Menengah Pertama
muslim!
Jawaban dan Penjelasan
Berikut ini adalah pilihan jawaban terbaik dari pertanyaan diatas.
Jawaban:
MENURUT Imam al-Jurjani dalam kitab al-Ta’rifat daripada sudut bahasa, ikhlas bermaksud meninggalkan riyak apabila melakukan ketaatan.
Dari sudut istilah, ia bermaksud membersihkan hati daripada bercampur dengan sesuatu yang memudarkan kesuciannnya dan dapat mengetahui sesuatu yang mencampurinya dan dengan itu ia dapat dielakkan.
Menurut Imam al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah, al-ikhlas bermaksud berniat semata-mata kerana Tuhan yang memiliki nama al-Haqq di dalam ketaatan. Manusia mentaati Allah SWT adalah semata-mata ingin mendekatkan diri kepadaNya tanpa tujuan lain seperti pujian dan lain-lain.
Hakikat keikhlasan ialah terpelihara dari belenggu riyak dan hawa nafsu.
Penjelasan:
Menurut Imam al-Ghazali, berhubung dengan definisi al-ikhlas, sesuatu yang bercampur apabila bersih dari campuran tersebut maka ia dikenali sebagai khalis. Perbuatan untuk membersihkan atau mengasingkan di antara kedua-duanya dikenali sebagai ikhlas.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 66 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dan darah, [iaitu] susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.”
Berdasarkan ayat ini, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa susu yang khalis (bersih) ialah susu yang tidak bercampur dengan darah, farth (najis di dalam perut binatang) dan bahan-bahan yang lain.
Lawan bagi kalimah ikhlas ialah ishrak (penyekutuan) maka pada sudut bahasanya bahawa sekiranya individu itu tidak mukhlis (orang yang ikhlas) maka ia dikenali sebagai mushrik (seseorang yang menyekutukan).
Namun begitu, syirik ada peringkat-peringkatnya yang tersendiri antaranya syirik di dalam akidah yang terdiri daripada syirik khafiyy (kecil/tersembunyi) dan jaliyy (besar/jelas).
Ikhlas di dalam akidah dikenali sebagai tawhid manakala lawannya ialah tashrik apabila berhubung dengan hal ehwal ketuhanan.
Lawan bagi ikhlas ialah sesuatu yang bergilir-gilir berada di hati manusia yang mana ia berkaitan dengan niat. Apabila niatnya sudah bercampur-campur dengan sesuatu yang lain, maka ia tidak dianggap ikhlas lagi dan dianggap riyak yang merupakan shirk khafiyy. Ini disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayat al-Hidayah.
Imam al-Ghazali berpandangan bahawa ikhlas yang sebenar-benarnya ialah individu tersebut tidak menjadi hamba kepada diri dan nafsunya sebaliknya mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ia istiqamah mematuhi segala perintah yang diputuskan oleh Allah SWT dalam beribadat kepada-Nya. Ini menunjukkan bahawa ia telah memisahkan dirinya dari segala yang selain daripadaNya.
Maka, dapat difahami dari pandangan Imam al-Ghazali ini bahawa antara ciri-ciri yang bertentangan dengan al-ikhlas ialah tidak ikhlas, riyak, ujub dan mementingkan hawa nafsu.
Kesimpulannya, keikhlasan melibatkan rukunnya iaitu asas, hakikat dan kesempurnaan yang berkaitan dengan niat dalam segala tingkah laku seseorang itu adalah bersih daripada selain Allah SWT yang mana perbuatan yang dilakukannya adalah semata-mata keranaNya.
Semoga dengan pertanyaan yang sudah terjawab oleh nrshrbsrh dapat membantu memudahkan mengerjakan soal, tugas dan PR sekolah kalian.
Apabila terdapat kesalahan dalam mengerjakan soal, silahkan koreksi jawaban dengan mengirimkan email ke yomemimo.com melalui halaman Contact
Last Update: Tue, 10 May 22